top of page
IKAN TERUBUK BERLADA

 

Bahan-Bahan    
300 gram ikan terubuk kering, rendam sehingga kurang rasa garamnya, kemudian toskan
4 biji bawang besar, dihiris halus
10 biji bawang kecil, dirampai
3 biji bawang putih, dihiris 
5 biji lada merah, dirampai, buang bijinya
5 biji lada hijau, dirampai, buang bijinya
1 batang serai, bahgian putihnya sahaja, dirampai
1 jari halia, dirampai
Beberapa biji lada padi kampong, jenis yang pendek-pendek
Minyak untuk menggoreng dan menumis
 

Cara Cara

Ikan terubuk digoreng, sehingga garing. Tetapi jangan goreng terlalu garing.   Tengekkan kuali bersih diatas dapur. Tuang sedikit sahaja minyak kedalam kuali. Setelah panas, tumis dahulu serai yang dirampai. Apabila wangi, baru dimasukkan halia. Ini diikuti hirisan bawang besar, bawang merah serta bawang putih. Kemudian masukkan lada hijau dan merah. Balik-balikkan sehingga lembut dan garing Barulah dimasukkan lada padi dan ikan terubuk. Masak sehingga lada padinya lembut sedikit. Gaul rata. Matikan api.

 

Hidangan ini merupakan sesuai dimakan dengan nasi.

 

Contoh Masakan Ikan Terubuk Masin Sarawak

1

2

3

4

Ikan Terubuk Masin Goreng Bawang

 

 

Bahan Bahan

 

  • 1 Ekor Ikan Terubuk Saiz Sederhana (Dipotong)

  • 1 Labu Bawang Besar (Dihiris)

  • 3 Tangkai Cili Kering (Digunting - buang biji)

  • Minyak Masak (Untuk Menggoreng)

  • Sedikit Hirisan Limau

Cara Memasak

  1. Goreng ikan terubuk masin, sehingga masak 2/3

  2. masukkanlah bawang goreng dan cili kering

  3. Goreng hingga bawangnya berbau wangi dan garing

  4. Hidangkan dengan perahan limau

5

6

IKAN TERUBUK MASAK CILI API

 

Bahan-bahannya

2 keping ikan terubuk masin, direndam dan toskan airnya
4 biji cili merah
cili api/padi mengikut kepedasan yang diigini.
2 ulas bawang besar
5 ulas bawang putih
sedikit belacan mengikut rasa
semangkuk air asam jawa
sedikit garam mengikut rasa
3 sudu besar gula
minyak masak

 

Cara-caranya
Goreng ikan dahulu. Campurkan semua bahan diatas kecuali ikan dan minyak,kemudian kisar bahan tersebut hingga lumat. Panaskan minyak.  Tumiskan bahan yang telah dikisar tadi sehinggan naik minyak.  Masukkan ikan kedalam kuali dan balikkan supaya bahan tumisan tersebutsebati bersama ikan. Kemudian hidangkan

 

Ikan Terubuk Masin Masak Lemak Tempoyak

 

Bahan Bahan 

 

  • 1 Ekor Ikan Terubuk Masin Saiz Sederhana

Bahan A

  • 3 Ulas Bawang Merah         

  • 3 Ulas Bawang Putih

  • Sedikit Halia (Kira kira 1 inci)

  • Cili Padi (Ikut Selera)

Bahan B.

  • 1 Batang Serai (Diketuk)

  • 2 Atau 3 Keping Asam Keping

  • 1 Sudu Besar Tempoyak

  • 1 Gelas Santan

  • Daun Kunyit (Hiris)

  • Minyak Masak

  • Serbuk Perisa (Ajinomoto - Jika Nak)

  • Sos Nampla atau garam (Ikut kemasinan Ikan)

Cara Memasak

  1. Bahan A, dikisar. 

  2. Panaskan minyak masak dan masukkan Bahan A sehingga naik bau. 

  3. Masukkan semua bahan B dan ikan masin. 

  4. Renih hingga masak

KARI IKAN TERUBUK

 

Bahan-bahannya
1 kg ikan terubuk, direndam dan buang airnya
400 gm serbuk kari ikan
100 gm halia, dikisar
150 gm bawang merah, dikisar
50 gm bawang putih, dikisar
50 gm kunyit hidup, dikisar
215 gm serai, diketuk
10 gm bawang besar, dimayang halus
5 gm daun kari
10 gm halba campur
1 liter pati santan
garam dan serbuk perasa
1/4 liter minyak 
air asam jawa secukupnya
sediking kacang bendi, dicelur
 
Cara-caranya
Campurkan serbuk kari dengan sedikit air panas.  Panaskan minyak dalam kuali kemudian tumiskan bawang besar yang sudah dimayang serta bahan-bahan yang sudah dikisar sambil dikacau hingga naik baunya.  Masukkan serai.  Kemudian masukkan bancuhan serbuk kari, daun kari dan halba campur, kacau sehingga rata kemudian masukkan ikan.  Apabila sudah sama sebati bergaul rata masukkan pati santan.
 
Akhir sekali masukkan air asam jawa, garam dan serbuk perasa secukupnya.  Setelah mendidih dan pekat kuahnya bolehlah dimasukkan kacan bendi dan bolehlah dihidangkan.

 

Gulai Ikan Terubuk Masin Dengan Nenas

 

Bahan Bahan 

 

  • Ikan Terubuk Masin  Saiz Sederhana (Potong)

  • 4-5 Ulas Bawang Merah

  • Sehiris lengkuas

  • 5 Biji Cili Kering.

  • 1 inci kunyit

  • Santan Pekat (1/2 biji kelapa)

  • Nenas (Dipotong)

  • Garam (Jika Perlu)

  • Sedikit gula

Cara Memasak 

  1. Basuh sedikit Ikan Terubuk Masin dan Goreng

  2. Kisar bawang merah, cili kering, kunyit dan lengkuas dengan santan cair.

  3. Masukkan ke dalam periuk, masak hingga menggelegak.

  4. Masukkan ikan kering dan nenas (Sentiasa kacau) 

  5. Masukkan santan pekat. (Imbangkan Rasa Gula & Garam)

bottom of page